CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat datang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung dan followers. Terima kasih kerana sudi datang dan singgah sebentar di blog yang tidak seberapa ini. Blog ini diwujudkan bagi tujuan menggalakan semua sahabat melakukan kerja-kerja amal seperti mewakafkan atau sedekahkan telekung kepada surau atau masjid-masjid yang daif di seluruh Malaysia.

Di post-post seterusnya nanti, wani akan memberikan beberapa idea kepada sesiapa yang ingin sama-sama turut serta dalam menjayakan program kecil ini. Diharapkan, dengan bantuan semua, kita dapat membantu surau-sarau atau masjid-masjid yang kekurangan kemudahan seperti telekung bersih dan sejadah.

Insyaallah moga segala niat kita dalam membantu ummah mendapat keberkatan dari-Nya..amin.


Followers

Wednesday, March 14, 2012

Sumber Ilham The Telekung Team (3T)

Assalamualaikum wbt..ni kali pertama wani tulis entri utk bloh The Telekung Team ini..sejujurnya, wani tdk punyai banyak masa kelapangan untuk menulis walaupun banyak sgt benda yg wani nak share kan bersama kawan-kawan alam maya.. Wani seorg yang sgt aktif ber-facebook, atas 2 sebab, satu: sbb wani mmg suka share news, info, pengalaman dan lain-lain..dan keduanya: sbb business..rasanya ramai yg tahu (kalau tahu la..) wani sebelum ni mmg sudah berkecimpung dalam online business hingga ke hari ini..alhamdulillah, dah masuk tahun ketiga wani menceburi bidang ini sbg sampingan..Tapi status di FB selalunya sgt ringkas, pendek dan padat. Dan kita akan sentiasa menerima reaksi serta-merta (immediate response) apabila kita pos status di FB. Oleh yg demikian, mmg lebih mudah dan cepat, benbanding menulis dan mengarang blog, yg memerlukan fokus dan kesabaran yg tinggi..hehe..

Ok, cukup mengenai pengenalan di atas, wani nak share sedikit pengalaman bagaimana terciptanya idea untuk mengadakan aktiviti atau program seumpama ini..

Beberapa minggu yg lepas (dari tarikh ini), Wani telah singgah ke Giant Ipoh untuk solat Maghrib. Sebenarnya niat asal hanya ingin makan McD di Tambun, berhadapan dgn shopping mall Giant, tp perjalanan dr Sg Siput ke Tambun mengambil masa kira-kira 45 min..jadi ketika wani keluar rumah pukul 7, belum masuk maghrib lagi..sampi je di Tambun, jam sudah menunjukkan pukul 7.45.

Wani bergegas singgah ke surau Giant dgn tangan kosong kerana terlupa nak bawa telekung sdr. Mungkin ketika itu, wani baru habis dtg bulan..jd telekung selalunya baru lepas cuci, dan bila seminggu uzur, mmg wani tak bawa telekung baik dlm kereta sbb semuanya dikeluarkan utk dicuci..

Masuk aje ke dlm surau, wani terus tanggal tudung n ambil wuduk. Ketika itu terdapat seorg perempuan yg sedang bersolat. Dan dia juga kelihatan memakai telekung surau, pada tekaan wani, sbb telekung tersebut kelihatan sedikit comot..Lepas selesai wuduk, wani terus mencari telekung yg tergantung di tempay penyidai telekung dibelakang surau. Sedihnya, rupa-rupanya cuma ada 2 pasang telekung di sana..tp sepasang sedang di pakai oleh wanita tadi. Kain telekung pun compang camping dan buruk. Ok tak mengapa..sbb terdesak, wani pakai juga..

Mula2 wani sarungkan dahulu kainnya..kelihatan ada lubang di sana sini..tp sebab wani berseluar di dalam, maka aurat masih belum terdedah. Kemudian, wani capai pula telekungnya..apabila wani mula dekatkan telekung ke muka untuk disarungkan, Masyaallah..wani terlihat tompokan darah yg amat besar di bahagian kanan telekung. Loya tekak dan geli geleman wani dibuatnya. Sudahlah, semenjak dua menjak ni wani jadi semakin hygienic. Tak tau kenapa, tp wani seboleh-bolehnya elakkan tandas awam dan berada ditempat2 awam yg kotor. Jadi semakin penggeli. Bila tgk telekung tu td, mcm nak dicampak je ke lantai. Kesan tompokan darah itu kelihatan seperti seseorg yg telah terpecah jerawatnya hingga berdarah, kerana bahagian telekung yg terkena adalah di bahagian pipi..

Jadi baru wani tahu kenapa wanita yg sedang bersolat td tdk memakai telekung tersebut. Tapi utk menunggu sehingga dia habis solat mungkin agak lambat..jam ditangan pula sudah menunjukkan pukul 8.00 mlm. Wani berpusing2 utk mencari kalau ada telekung lain tapi hampa. Selepas itu, wani tertoleh ke belakang berhampiran cermin dan terlihat terdapat sehelai telekung yg tdk berkain, tergantung dipaku dinding bersebelaahan dgn cermin tersebut. Alhamdulillah, telekung itu bersih walaupun tdk sempurna dan ada lubang2 kecil di bahagian bahu.

Malam itu, selesai juga solat maghrib dan semoga Allah menerima solat wani ketika itu..rasanya segalanya tdk selesa dan sempurna, tapi wani cuba perform seadanya..Kenangan tersebut tidak akan wani jumpa kerana ini pertama kali wani berhadapan dgn situasi sedemikian. Kalau darah tu setitis dua, boleh juga wani terima..tp bila dah setompok dan kelihatan masih 'fresh', kotor dan jijik perasaan tu tak dpt nak digambarkan. Siapa yg harus dipertanggug jawabkan? Kenapa begini pakaian kita ketika ingin 'menghadap'-Nya. Kenapa bila kita keluar 'dating', bertemu kekasih hati atau kawan-kawan, boleh pula kita pakai cantik-cantik, lawa-lawa, wangi-wangi..tp bila nak berjumpa dgn 'kekasih' yg seorg lagi, kita boleh seselekeh itu?

Kisah ini wani jdkan iktibar utk diri wani juga..oleh yg demikian, tercetus satu idea utk sedekahkan telekung2 di surau2/masjid1 daif di kawasan tempat tinggal wani. Tapi bila difikir-fikirkan balik impaknya..tak mungkin sebesar mana andai wani seorg shj atau beberapa org shj yg melakukannya..Jadi..wani ikhtiar dan nak berusaha utk sebarkan idea ini kepada semua kaum-kaum muslimah untuk kita sama-sama wakafkan telekung2 baru atau lama (yg masih elok) di mana-mana surau atau masjid yg memerlukan.

Idea & ilham yg seterusnya akan wani kongsikan bersama di pos yg akan datang ya..Assalamualaikum..

1 comments:

Adjem said...

Assalammualaikum wani..niat anda untuk sedekah telekung tu adalah yang terbaik..Semoga Allah memberi kebaikan di dunia dan di akhirat atas inisiatif awak ni..

Tapi sebenarnya, kalau nak solat tak perlu bertelekung pun... kalau awak dah tutup aurat dengan sempurna, sudah memadai..

Jangan sampai sebab tak bawak telekung, or telekung kotor menjadi alasan untuk tidak solat dan melewatkan solat..

Insyaallah...saya pun berminat nak join mission awak ni.. :)

Islam itu mudah dan tersangat indah...

Post a Comment